Selasa, 9 Disember 2014

KEK KUKUS PANDAN KEJU COKLAT

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

KEK KUKUS PANDAN KEJU COKLAT

Bahan kek:
120gm tepung gandum
120gm gula castor
6 biji telur gred A
20gm tepung jagung
50ml santan kotak
60gm butter cair
1sb pandan emulco
pewarna hijau

Caranya:
1. Panaskan kukusan. Guna loyang 9x9in, alaskan dgn baking paper dan digris dgn butter.
2. Pukul gula dan telur hingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Adun rata.
4. Masukkan santan, butter dan pandan emulco. Kacau rata dan jika perlu, tambah pewarna hijau.
5. Tuang adunan dalam loyang, tutup dgn kertas aluminium yg telah digris butter. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Angkat dan sejukkan.
7. Kek dipotong kpd 2 bahagian. Sapukan dgn buttercream, tabur keju parut dan parutan coklat. Letakkan satu lagi kek diatasnya, deco ikut citarasa.www.facebook.com/ResepiSheilaRusly

Bahan topping :
Buttercream
coklat yang diparut secukupnya
parutan keju secukupnya
Buttercream:
60gm butter
100gm creamwell
4sb susu pekat manis
2sb shortening
vanilla
Caranya:
Satukan semua bahan, pukul hingga sebati dan berkrim

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan