Selasa, 9 Disember 2014

Muffin Datin (kukus)

share dari link fb ~Buku Resepi

Muffin Datin (kukus)
oleh:Noor Abdul Rahim

bahan-bahan :

(A)
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

(B)
3/4 cawan gula halus
1 biji telur size besar - suhu bilik
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan santan kotak
1/4 cawan minyak
1/2 cawan chocolate chips
1/2 cawan cranberries kering

2 pewarna ikut suka

cara-cara :
1. Ayak (A) , ketepikan.
2. Satukan (B) & gaul hingga sebati.
3. Satukan (A) & (B). Gaul hanya sekadar bergaul. Jika bergentel pun tidak mengapa. Jgn terlebih gaul.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Warnakan.
5. Sudu adunan kedalam acuan muffin berselang seli (isi paras 2/3) & kukus didalam pengukus yg telah mendidih airnya selama 25 - 30 minit atau sehingga masak bergantung pada size acuan. Cucuk lidi untuk pastikan muffin dah masak.

** Masa masuk kan tepung gaul hanya sekadar bergaul kerana setelah adunan dicampur dgn warna, tentunya kita akan gaul lagi hingga warna sebati. Jgn terover menggaul.
** Banyak kawan-kawan tanya saya samada muffin boleh dikukus. Alhamdullillah jawapan nya boleh & hasilnya lembut & moist
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan