Selasa, 23 Oktober 2012

Muhasabahlah ..Agar ukhuwah ini dipermudahkan..


 shared Pujangga Senja's photo.
Hari ini jika kita terasa jauh
Tidak bererti hubungan semakin keruh
Hari ini jika kita masih sama berteduh
Bukan bererti ikatan semakin kukuh
Perjalanan kehidupan
Bukan satu ukuran
Sebaliknya, bekal amalan yang menjadi kesaksian

Kiranya saat ini kita mampu memberi teguran
Usah diharap kita sudah membetulkan satu kesilapan
Kiranya saat ini kita tetap bisu tanpa ucapan
Tidak juga bererti kita tewas kerana ketakutan

Bersama kasih sayang yang Allah anugerahkan
Diri kerdil ini hanya ingin berpesan
Melangkahlah menuju jalan kebaikan
Kerana disitu ada satu pertemuan yang mendamaikan

Bersama kasih sayang yang Allah suburkan
Hamba hina ini hanya ingin mengingatkan
Ujian dan dugaan itu ada Rahmat dari Tuhan
Sedang kejayaan dan kebahagiaan yang selalu melekakan

Muhasabahlah...
Agar ukhwah ini dipermudahkan...
Insyaallah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan