Sabtu, 20 Oktober 2012

Sebutir Mutiara..


share dari link sahabat fb ~~~ Cintailah Pencipta Kita

Sebutir mutiara.

Ini kisah sebutir mutiara 
yang tinggal di dasar lautan 
yang tersimpan dalam kelembutan isi 
yang terpelihara dari sang ombak yang menghanyutkan  

Tak pernah disentuh 
Tak pernah dirobek isinya  
diam di situ, di tempat perlindungannya  

Kecantikannya adalah misteri  
Keindahannya adalah rahsia  

ahhh.. mutiara..  
Saban hari mendengar desas desus, tanpa bukti.  
dia cantik! dia indah!   

Tapi cantik dan indah yang bagaimana?  
Kerana segalanya adalah kemisterian  
disebalik tempat perlindungannya 

Lantas terdetik sang mutiara, 
mahu perlihatkan pada seisi lautan  
bahawa dirinya benar-benar indah  

Keluarlah ia, menyerlahkan keindahannya  
terpana, terpaku seisi lautan.   
dia cantik, dia indah.  

Tapi, dia lupa..   
ombak sangat deras  
hanyutlah ia..  
dari daerah kebiasaannya.  
..................................  
Wanita, jika kau adalah mutiara. Jadilah mutiara yang tersimpan. Biar misteri, biar rahsia. Jangan biar dirimu hanyut, pada sentuhan kasih yang melalaikan.....    

Kesukaanmu, tidak semestinya adalah kebaikanmu.  
ketidaksukaanmu, tidak semestinya adalah keburukan bagimu.  
Kerana itu, adalah rahsiaNya.  
Seindah hiasan, adalah wanita solehah.    

Ya Rabbi, izinkan aku untuk jadi salah satu hiasan yang terindah...  
...yang terpelihara.   

~suterabidadari~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan