Selasa, 19 Februari 2013

" CANTIKNYA WANITA ITU "


share dari link fb~Muslimah Solehah II


" CANTIKNYA WANITA ITU "

Bismillahirrahmanirrahim…

Wahai ukhti,
Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu..
Bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu..

Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana manjanya nada suaramu..
Bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu..
Bukan kerana keberanian yang salah disisi agamamu..

Tapi..
Cantiknya wanita itu terletak pada bibirmu yang selalu berzikir,
pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhu,
pada hatimu yang penuh rahmah dan taqwa,
pada pendirianmu yang tak goyah memperjuangkan agamamu,
yang semakin hari semakin penat kerana madrasah utama ummah hilang arah dan tujuan kehidupan..

Wahai ukhti..
Mengapa harus berbangga diri,
Tiada yang tinggal dalam jasadmu, kecuali rohmu yang suci, janganlah engkau kotorkan dengan hawa nafsu..Yang menjadi pinjaman pasti akan dipulangkan kepada Pemiliknya kelak..

Wahai ukhti..
Sudah engkau menjadi bahaya fitnah, yang sudah termaktub sejak beribu tahun dahulu..Apakah engkau sanggup
merealisasikan sebuah fitnah yang mampu menggoncang keimanan setiap yang bernama lelaki??
Bukan diskriminasi Tuhan yang menciptakanmu sedemikian kerana engkau ibarat mutiara yang bernilai..
Yang sewajarnya dijaga rapi setiap saat..

Selayaknya simpanlah kecantikanmu kepada yang layak engkau pamerkan..
Bahkan pahala yang bakal diterima..
Jika diberi pada tempatnya dan tepat orangnya..

Semoga bermanfaat..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan