Khamis, 28 Februari 2013

Pavlova Pinkish


share dari link fb ~Buku Resepi

Pavlova Pinkish
Oleh:Ayin Iz

Adunan untuk 1 layer
4 biji putih telur (gred A)
3/4 cawan gula halus (gula kastor)
½ sudu kecil cuka
½ sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil tepung jagung
1 cawan whipping cream
1 tin koktail

Cara-cara membuatnya
1) Panaskan oven dengan suhu 130 darjah selama 15 minit
2) Sediakan loyang, lapik loyang menggunakan kertas minyak untuk mengelakkan daripada melekat
3) Pukul telur putih sehingga kembang dan lembut
4) Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga adunan tersebut kembang dan berkilat
5) Kemudian masukkan cuka, esen vanilla dan tepung jagung ke dalam adunan dan pukul sehingga adunan tersebut kembang
6) Akhirnya gaul dan kaupkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 60 minit
Whipping Cream
1) Pukul whipping cream sehingga kental
2) Asingkan kepada dua bahagian, satu bahagian letakkan sedikit pewarna merah dan pukul sehingga kental.
Seterusnya
1) Apabila kek dah masak, biarkan ia sejuk di dalam oven utk beberapa minit
2) Kemudian, sapu whipping cream, hias dan tabur koktail diatas kek
3 ) Bolehlah potong dan makan !
selamat mencuba! :)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan