Jumaat, 15 Februari 2013

Petua Untuk Menghalau Semut



share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Petua Untuk Menghalau Semut

Pilihan 1: Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Pilihan 2: Siat-siat beberapa helai daun sirih, dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Pilihan 3: Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Pilihan 4: Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti baling gula, keliling meja, di celah-celah cabinet dapur dan sebagainya.

Pilihan 5: Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Pilihan 6: Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Pilihan 7: Masukkan 5 tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit. Gula tersebut tidak dikerumuni semut.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan