Sabtu, 9 Februari 2013

Puding Triffle


share dari link fb ~Buku Resepi

Puding Triffle
Oleh: Khalijah Hussin

Bahan-bahan:
1 gulung kek Swiss Roll
1 kotak Kristal jelly (brand Nona)
1 tin susu cair Ideal *(optional) – brand lain pn xpe
1 tin buah cocktail *(optional) / ape2 buah pilihan
3 sudu besar tepung kastard

Cara-cara:
Step 1: (lapisan kek)
1.Potong kek gulung anggaran 1 inci.
2.Susun kek dalam loyang atau dalam apa2 bekas sampai padat supaya lapisan puding nanti tak sampai ke dasar bekas.
3.Tekan-tekan sedikit kek tadi agar mampat dan pastikan tiada ruang yang menampakkan dasar loyang atau bekas. Ketepikan.

Step 2: (lapisan puding)
1.Masukkan 3 sudu besar penuh (merumbu) tepung kastard ke dalam bekas.
2.Tuangkan 1 tin susu cair, 1 tin air (sukat guna tin susu tadi) dan 7 sudu besar gula ke dalam bancuhan tadi.
* Gula (terpulang nak letak banyak mana). Kalau leh puding ni jangan manis sangat sebab kek dah manis dan jelly nanti pun manis jugak).
3.Kacau semua adunan tadi sehingga larut dan sebati (adunan tepung dah tak berketul-ketul).
4.Kemudian baru masukkan dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana. Sentiasa kacau sebab adunan ni nanti cepat pekat dan keras. Kacau sehingga pekat dan likat. Bila dah nampak adunan ni meletup-letup, terus tutup api.
5.Angkat dan tuangkan atas lapisan kek tadi dan ratakan sehingga menutupi keseluruhan kek.
6.Susun atau taburkan buah atas puding kastard. Tekan-tekan sedikit ke dalam puding supaya bila letak jelly nanti, buah-buah tadi tak terapung.

Step 3: (lapisan jelly)
1.Masukkan Kristal jelly dan campurkan dengan 400ml air.
2.Masak atas dapur. Kacau sehingga jelly hancur dan sebati.
3.Curahkan perlahan-lahan jelly ke atas lapisan kastard/buah tadi dengan menggunakan sudu atau senduk.
4.Biarkan sejuk atau suam-suam kuku, baru masukkan ke dalam peti sejuk.

::Tips:
* Lebih baik gunakan loyang atau bekas lut sinar atau kaca empat segi.
* Sekiranya guna buah cocktail, curahkan air cocktail ke atas kek supaya kek lembap. (Jangan terampau banyak sangat curah.. sekadar lembap je.. kalau x nanti kek jadi lembik). Kalau guna buah fresh spt strawberry xboleh simpan lama nanti x fresh. Lebih baik guna buah dalam tin je.

Selamat mencuba! :)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan