Khamis, 28 Februari 2013

TIRAMISU


vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
TIRAMISU
Bahan-bahan
1 biji kek span coklat [saiz kecil]
250 gm keju krim [Philapeldephia]
250 fresh cream atau whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air nescafee
serbuk koko

Cara
1. Kek span coklat dipotong nipis 3 lapisan.
2. Letakan kek dalam bekas kaca.
3. Tuangkan 1/3 bahagian air nescafee atas kek.
4. Pukulkan keju, fresh /whipping crean dan gula sehingga gebu.
5. Tuangkan adunan keju serata kek.
6. Ulanglkan buat sehingga semua adunan habis.
7. Untuk lapisan keju yang akhir ayakkan serbuk koko diatasnya.
8. Sejukkan sejam atau lebih sebelum dihidangkan.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
TIRAMISU cwnblueberry
by hanieliza.tk
Bahan
1 biji swiss roll coklat
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt berperisa buah [ducth lady]
1/2 cawan gula
serbuk nescafe
filling blueberry [jika suka]

Cara
1. Swiss roll coklat dipotong nipis.
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Susunkan swiss roll dalam gelas atau mangkuk.
5. Lapiskan dengan adunan keju dan ayakkan serbuk nescafe.
6. Susunkan lagi kek dan lapiskan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe.
7. Ratakan filling blueberry jika suka.
8. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
TIRAMISU

Bahan
1 biji span kek coklat
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula
serbuk nescafe

Cara
1. Kek span dibelah 2 lapisan
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Sapukan adunan dibahagian tengah lapisan kek.
5. Ayakkan serbuk nescafee sekeliling kek.
6. Susunkan lagi kek dan sapukankan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe lagi.
7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

NOTA:
adunan ini memang agak moist dan lembut..so kena makan secara scooping gitu..tapi memang sedapp..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan