Rabu, 27 Februari 2013

TALAM BERLAUK (RESEPI CHEF WAN)


share dari link fb ~Mazura Ali

TALAM BERLAUK (RESEPI CHEF WAN)

Bahan-bahan kastard : 

3/4 cawan tepung gandum
3 cawan santan.
5 biji telur.
garam secukup rasa
gula 1 sudu besar.

Caranya menyediakannya :

1) Pukul telur hingga kembang.
2) Masukkan santan. Kacau sebati.
3) Masukkan tepung, gaulkan sebati. Masukkan garam dan gula.

Bahan inti :

300 gram daging cincang.
2 camca rempah kari.
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji bawang besar (dikisar)
4 camca besar minyak sapi

Cara menyediakannya :

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2) Bila telah wangi, masukkan daging dan rempah kari.
3) Masak sehingga daging empuk dan kering.

Bahan tambahan :

1 cawan macaroni (direbus hingga kembang, toskan airnya)
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
daun sup (lebih kurang 1 cawan selepas dihiris)
4 biji bawang merah (dijadikan bawang goreng)

Cara menyediakan talam :

1) Sediakan acuan. Taburkan inti.
2) Tabur separuh macaroni rebus. Gaulkan rata.
3) Tabur cili merah, cili hijau, bawang goreng dan daun sup.
4) Tuangkan adunan kastard.
5) Taburkan lebihan macaroni.
6) Bakar dalam ovan selama 1 jam atau sehingga masak dan adunan berwarna kekuningan emas.

( Tanda masak, cucuk adunan dengan batang lidi & adunan tidak melekat)

♥ SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA SAHABAT2KU KASIH ♥
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan