Bangunlah wahai insan membuka jiwa
Berselawat pada Rasul yang mulia
Agar mekar Cinta disulam
Agar mewangi Cinta membara
Baginda kekasih Allah yang mulia
Dijemput menemuiNya tanpa hijab
Jibril terpaku di langit tujuh
Terbakar jika terus menaikinya
Allah menghiburkannya di langit memancar
Bila bapa saudaranya dan isterinya meninggalkannya
Bagaikan patah dua sayap yang menerbang
Terpilu jiwa menanggung kesedihan
Ya Allah pada siapakah mahu kuserahkan diriku ini?
Allah mendengar rintihan pilu KekasihNya
Dikirim Jibril, Mikail dan Buraq menjemputnya
MenemuiNya di alam Cinta yang terselebung
Penduduk langit gembira bersyukur
Kaki yang mulia telah memijak lantai Cahaya
Cemburu mereka dengan bumi selama ini
Lantaran kaki Baginda berpijak di atasnya
Batu merintih merayu pada Baginda
Ya Rasulullah bawalah aku mikraj bersamamu
Aku tidak mahu diriku ini
Menjadi batu yang membakar di dalam neraka
Selawat Cinta wahai saudaraku pada Rasulullah
Nabi Musa memohon melihat Allah
Namun Baginda dijemput Allah menemui diriNya
Baginda Habibullah, Bagindalah Yasin dan Bagindalah Toha..

blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan