Isnin, 24 Februari 2014

BISIK VIOLAMU

share dari link fb ~ kak Dyza Ainun

BISIK VIOLAMU

suara temalimu gemanya sapa ke hati
aku rebah menyuguh mimpi
pada rebana yang merembat lagu
suara apa yang menyentuh jiwa
lalu sepiku jadi bisu
pada setiap kalam yang hilang

aku
masih mengutip suara nyanyian cengkerik
bicaranya yang meluyut ke dasar
biar sentuh tumit rindu
kucicip jua serbat cinta
biar seribu musim melamar harap
gebar mimpi takkan kubiar tercarik
dalam rebah malam
yang terluka

petikkan aku temali violamu
biar lena diulit cerita asmara
aku takkan rentap kenangan silam
sejarahnya sudah kulakar pada kaki senja
biar malam menutup jendela
langsirnya kubiar terselak
menanti kau jenguk ke dadaku
hati yang tetap bersuara setia

dyza ainun

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan