Rabu, 12 Februari 2014

Fish ball buatan sendiri

1.  bahan2 yang diperlukan dlm fishball homemade..
2. hanya ambil isinya sahaja tau..guna sudu seramik..kalau sudu besi mmmm tak tau..kita ikut orang cina buat
3. blend sampai lumat
4.  setelah isi ikan lumat masukkan semua bahan2 yang lain..blend sehingga lumat..
5. dah hancur dan sedikit kenyal
6.  selepas di blend..keluarkan adunan ni taruk dlm bekas atau besen...ambil sikit adunan guna tangan basah...lemparkan2 adunan ni banyak kali..ambil yang lain plak lempar lagi..jgn lempar di dinding umah anda tapi lempar di dlm besen tu la..sehingga anda dpati adunan ni berkilat licin dan kenyal..semakin lama di baling,, dilempar,, dilontar..ditampar ..adunan semakin kenyal  
7.  guna antara ibu jari dan jari telunjuk..amik sedikit adunan dan buat mcm dlm gambar tu..sehingga kluar dan licin
8.  rendam sebentar fishball ni dlm 15 minit dlm air yang ditambah sedikit garam  
9.  sebelum direbus...close up jap..licin dan berkilat je..
10.  sedang bersauna cik2 fishball
11.  tadaaaa!!! dah siap fishball..
12.  kenyal...  

fish ball yang doink..doink..doink...
Sup fishball...share dari link fb ~ Tahrunnisah Jali

Fish ball buatan sendiri


Assalamualaikum...Fish ball yang kenyal pasti menjadi kegemaran kita dan anak2kan...tapi kebanyakkan dipasaraya yang buatnya ramai yang non muslim..dan bahan dan barang2 yang digunakan belum tentu bersih dan halal..insyaallah disini saya tunjukkan cara buat fishball homemade yang pastinya putih dan kenyal doink..doink..doink..

resepi
300gm ikan tenggiri atau "yellow fish tail" (paling sesuai) isi nya putih mesti yang fresh
2 sudu kecik tpg jagung
garam secukup rasa..terpulang kalau nak tambah ajinomoto pun blh..tak isi lagi bagus..
1/2 sudu kecik lada sulah
air sejuk (anggaran 1/2 cawan -3/4 cawan) dlm peti - adunan nanti mcm nak buat cucur pisang tu...

caranya
kikis isi ikan mggunakan sudu ceramik...hanya ambil isinya sahaja..
kemudian blend isi ikan hingga hancur
masukkan tpg jagung dan garam serta lada sulah
dah sebati taruk air pula..air ni agak2 ye adunan ni tak likat dan tak lembik sangat..

kemudian keluarkan adunan dan taruk dlm besen kecil..ambil sikit2 dan baling adunan ni dlm bekas tu..buat banyak kali sehingga anda rasa adunan ni kenyal dan berkilat serta licin ...
ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (tgok gambar)..keluarkan bebola fishball antara dua jari tu
ambil fishball tu guna sudu dan taruk dlm bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam seketika dlm 15 minit) tgok gambar
barula direbus dlm air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung)

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

3 ulasan:

  1. btw perlu letak tepung gandum tak

    BalasPadam
  2. Kalau ganti dengan ayam boleh tk?kalau nk buat bebola ayam.

    BalasPadam
  3. buat sendiri je baru ada feeling

    BalasPadam