Isnin, 10 Februari 2014

[ NAWAITU-AMAL ]

share dari link fb ~Khazinatul Asrar Hidayah



[ NAWAITU-AMAL ]


Jangan rosakkan amalan kamu dengan niat tidak baik dalam hati kamu.


Ketaqwaan ketika kamu beramal itu ada di dalam hati kamu. Bilamana kamu ingin beramal dengan amal yang baik, perhatikan bukan amal sahaja tapi nawaitu (niat) amal (roh amal), yang dengan roh amal itu akan diterima Allah SWT dan diberi ganjaran oleh Allah SWT. 



Kalau tidak amalan kamu akan jadi luaran saja dan tidak diterima Allah Ta'ala.


- Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid Majlis Ta'lim Darul Murtadza 17.01.2014


[ HATI-SUJUD ]


"Bila solat, perhatikan ketika kamu sujud. Hakikat daripada sujud ialah sujudnya hati juga! Berapa ramai orang yang kepalanya sujud, tapi hatinya bongkak, takabbur! Ketika sujud, hati juga mesti sujud. Jangan anggap diri hebat berbanding orang lain. Sujudlah dengan dahi dan juga hati supaya mendapatkan rahsia yang ada pada sujud..." 


- Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid Majlis Ta'lim Darul Murtadza 17.01.2014


[ JAGA HATI ]


"Allah SWT bukan saja tahu setiap huruf yang keluar daripada mulut kita, tapi berjuta kalimat yang terlintas di dalam hati kita yang kita sendiri tak pernah kira."


- Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid Majlis Ta'lim Darul Murtadza 31.01.2014


[ DOA-MAKBUL]


"Biasakan diri agar selesa dengan tidak diberi apa yang diminta, kerana apa yang disimpan (Pahala bersabar) dengan tidak diberi itu jauh lebih baik..."- 


Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. 


[ INGAT RASULALLAH ]


Dalam keadaan tenat, Saad ibnu Rabi’ berkirim salam kepada Rasulullah SAW dan mendoakan, “Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang baik kepada Rasulullah SAW, sebaik-baik ganjaran yang diberikan Allah Ta'ala kepada para Nabi atas khidmatnya kepada umatnya.” 


Dalam keadaan sakit, dia masih ingat jasa orang yang paling berjasa kepadanya iaitu Rasulullah SAW. Berapa ramai kaum muslimin yang sihat hari ini tapi tak ingat kepada jasa Rasulullah SAW?


- Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid Majlis Ta'lim Darul Murtadza 31.01.2014
 



Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan