share dari link fb ~
Asri Lovina Lynn & Tahrunnisah JaliResepi Bakso Daging
300gm daging hancur/daging cincang/daging biasa dipotong kecil yang fresh
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil garam (agak2)
gula sedikit atau ajinomoto terpulang pada selera anda
150ml air ais
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur (ambil putih sahaja dan dipukul sebentar guna garfu)
3 sudu besar tpg kanji/ubi
1 sudu besar tpg gandum
cara
guna blender/prosessor..hancurkan daging kemudian masukkan lada sulah, garam, perasa, soda bikarbonat, putih telor, tepung ubi dan tpg gandum blend semua sehingga sebati kemudian masukkan air ais ..blend lagi..kemudian keluarkan daging tadi taruk dlm bekas..basahkan tangan anda ambil daging banting/lempar dlm bekas tadi tuk dptkan hasil yang kenyal..buat beberapa kali..kemudian basah balik tangan.sediakan sudu ..menggunakan antara ibu jari dan jari telunjuk ...keluarkan jadikan bebola dan kaup guna sudu tadi...masukkan dlm air mendidih buat sehingga habis...5 minit kemudian angkat bebola tadi...
kuah Bakso
masak daging lembu (terpulang banyak mana) atau tulang lembu sehingga empuk dlm periuk
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
3 biji buah keras *
2 biji buah pelaga *
tumbuk bahan yang bertanda * kemudian tumis bahan bertanda dengan sedikit minyak sehingga naik bau...masukkan bahan tumis ni dlm kuah yang ada daging tadi...masukkan lada sulah serta garam sebagai penambah perisa
hiasan
mee
daun sup
sawi rebus
bawang goreng
hirisan daging yang empuk tadi
sambal lada
cili api
lada merah
bawang putih 1 ulas
tumbuk hancur kemudian taruk dlm bekas dan masukkan kicap serta perah limau nipis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan