3 fitnah daripada Dajjal
1) Fitnah Aqidah
2) Fitnah Harta / Ekonomi
3) Fitnah Informasi (Sebaran maklumat p3 tanda besar datangnya KIAMAT
1) Keluarnya Dajjal
2) Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
3) Terbitnya matahari dari sebelah barat
Di dalam al-Quran ada disebut tentang Yakjuj dan Makjuj serta terbit matahari dari sebelah barat. Tetapi tiada disebut nama Dajjal di dalam al-Quran.
Ini kerana Allah tidak mahu mengotori kesucian ayat al-Quran dengan diletaknya nama Dajjal kerana Dajjal adalah sebesar-besar fitnah yang Allah timpakan ke atas umat manusia.
Yakjuj dan Makjuj, fitnahnya hanya menimpa kepada zahir. Tetapi Dajjal, fitnahnya akan menimpa kepada zahir dan yang bathin... Mengguggat jiwa dan aqidah manusia.
Dunia akan menjadi kering dalam masa 3 tahun tanpa ada air dan tumbuhan. Sesiapa yang beriman kepada Dajjal sahaja yang akan diberi makan dan minuman.
Nabi s.a.w bersabda, "Jika kamu dipenjarakan oleh Dajjal dan diberi makan yang sangat busuk, kamu tutup sahaja mata kamu dan makanlah. Sesungguhnya makan itu adalah lazat dan sedap bagi kamu". Syurganya Dajjal adalah Neraka bagi kamu. Dan Nerakanya Dajjal adalah Syurga bagi kamu.
Nabi Muhammad s.a.w. ajarkan tips untuk mengelak dari fitnahnya Dajjal
1) Barangsiapa yang MENGHAFAL 10 ayat terawal dari surah al-Kahfi akan diselamatkan dari fitnah Dajjal
2) Barangsiapa yang MEMBACA 10 ayat terakhir dari surah al-Kahfi akan diselamatkan dari fitnah Dajjal.
- seeloknya digabungkan 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir dihafal atau dibaca setiap malam.
3) Baca doa elak fitnah Dajjal pada setiap solat setelah membaca tahiyyat terakhir yang terdapat di dalam kitab al-Adzkar (Imam Nawawi) - petikan tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid di Masjid Bukit Antarabangsa (21.04.2014)
Blog
saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan