share dari link fb ~ Bintu Habib Abd Wahab
''AKU BERNAZAR INGIN BERDIRI SEPANJANG PEMBACAAN MAULID''
Diceritakan dari guru kami, Ustaz Hj Mustapha Mohamed Rais @melaka bahawa,
'' Ketika al-Muhaddits prof. Dr As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani berkunjung di masjid Ba'alawi di Singapura beliau menceritakan bahawa ketika beliau berkunjung ke sebuah masjid di Moscow.
Saat kunjunggan beliau itu sedang berlansungnya majlis Maulid Nabi S.A.W,
maka pandangannya ketika itu tertumpu ke suatu sudut di mana terdapat seorang lelaki yang berdiri saat pembacaan maulid. Lelaki itu terus menerus berdiri sehingga saat mahalul qiyam dan sehinggalah di akhir majlis maulid tersebut.
Maka, Prof. Dr Sayyid Muhammad lantas pergi bertemu dengan lelaki itu dan berkata, '' Mengapa kamu berdiri saat pembacaan Maulid ?"
bukankah berdiri saat majlis tersebut ada masanya ?''
Lalu dijawab lelaki ini, ''Saya berdiri ini kerana telah berlaku peristiwa besar atas saya di mana dulu ketika saya menghadiri majlis bacaan maulid, saya lantas duduk.
Ketika saat mahalul qiyam, orang lain bangun, saya terusan duduk kerana menyangka sama sahaja berdiri dengan duduk,sama-sama hormat.
Namun, suatu malam, saya bermimpi.
Saya menghadiri majlis maulid seperti sebelumnya.
Tiba-tiba,datang RasulullahS.A.W di majlis tersebut.
Semua yang hadir lantas bangun kerana menghormati baginda S.A.W kecuali saya yang masih duduk.
Rasulullah S.A.W melewati para hadirin sambil menyamlami mereka satu persatu. Namun,apabila Rasulullah S.A.W tiba di hadapan saya, Rasulullah S.A.W tidak memandang saya dan tidak menyalami saya. Saya berasa sangat kecewa dan sedih.
Setelah bangun dari tidur, saya dapati tubuh badan saya semuanya tidak dapat bergerak seperti kebiasaanya. Dan saya terfikir,mungkin inilah balasannya saya tidak menghormati majlis maulid Nabi S.A.W.
Setelah itu saya bernazar sekirannya sakit saya ini Allah sembuhkan,maka saya akan berdiri sepanjang acara maulid berlansung.
Dengan takdir Allah, beberapa masa setelah itu saya bermimpi bahawa saya menghadiri majlis maulid dan duduk bersama para hadirin di majlis itu.
Tiba-tiba, datang Rasulullah S.A.W di majlis tersebut diikuti dengan berdirinya para hadirin kerana manta'zhimkan baginda Nabi S.A.W semua yang dilewati baginda Nabi S.A.W dapat menyalami baginda.
Apabila baginda tiba di hadapan saya,bagindan lantas melemparkan senyuman ke arah saya dan menghulurkan tangannya yang mulia serta membangunkan saya.
Saya dapat bangun dan berpeluang menyalami beliau ketika itu.
Sedar sahaja dari mimpi itu,saya mampu menggerakkan anggota bandan saya dan sakit saya pulih dengan serta merta berkat Baginda Nabi S.A.W.
Oleh kerana itulah saya berdiri sepanjang pembacaan maulid'',kata lelaki tersebut.
WALLAHU 'ALAM
Oleh Muhammad Faiz
Blog saya yg lain
boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
- blog - Sepanjang Jalan Kehidupan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan