Taksub VS Cinta
Bila dilihat Anak murid memuliakan gurunya dikatanya Taksub, Fanatik, ghulluw, berlebih lebihan.
Bila dilihat seseorang mengagungkan artis-artis, sering menceritakan pemain pemain bola, maka tidak dikatakan Taksub, sedangkan yang diceritkan mereka itu langsung tidak pernah sujud kepada Allah.
Al Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata: Aku tidak pernah lupa mendoakan Imam Asy-Syafi‘e ketika bersembahyang semenjak empat puluh tahun lalu.
Kerana banyaknya doa Imam Ahmad bin Hanbal untuk Imam Asy-Syafi‘e ini, lalu ditanya anaknya kepadanya:
"Siapakah dia Asy-Syafi‘e ini sehingga engkau pohonkan segala doa-doa ini untuknya!? "
Lalu Imam Ahmad pun menjawab: " Anakku, Imam Asy-Syafi‘e umpama matahari bagi dunia ini dan merupakan kesejahteraan bagi seluruh umat manusia. "
Lihat, tidak ada satu Ulama' pun mengatakan ianya Ghulluw, berlebih lebihan, taksub, Fanatik dan sebagainya.
Zaman sekarang bila memuliakan Rasulullah dipanggil ghulluw, bila memuliakan Ahli bait dipanggil syiah. Perkara ini berlaku bila dipandang semua manusia adalah biasa, sama seperti dirinya.
Hati-hatilah ketika berkomen. Jangan Komen melainkan komen yang Positif..
Blog
saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan