JIWA YANG TENANG
Jiwa adalah anugerah dan aset hebat dalam diri seseorang.
Jiwa tidak dapat dilihat dengan mata kasar...
Tidak boleh dibeli dengan wang ringgit...
Tidak boleh ditukar ganti dengan emas permata..
Jiwa itu apa yang ada dalam hati dan berkait rapat dengan niat.
Jika niat anda berkenalan dengan seseorang untuk berkongsi ilmu
Aura ilmu akan memenuhi fikiran anda
jika niat anda ingin menjalin hubungan untuk nampak hebat/glamour
maka tempias keburukan akan mengiringi hidup anda...itulah kuasa niat amat hebat.
Niatlah sesuatu yang baik pada setiap hari...In Shaa Allah jiwa akan tenang.
Allah kasih pada insan yang sentiasa dalam perancangan yang baik.
Bina taman hati yang baru dengan bunga-bungaan zikir dan selawat serta azam yang tinggi.
Itulah keindahan jiwa yang akan membuat anda tersenyum bahagia.
Duhai insan...Allah ada di jiwa dan di hatimu...di fikiran dan setiap nafasmu..
Ya agamalah penawar ketenangan jiwa.
Manusia merupakan mahkluk yang mempunyai kemampuan yang terhad dan lemah.
Maka semua ketidakupayaan kita ini memerlukan pertolongan daripada Allah S.W.T
Islam datang dengan menyediakan penawar bagi segala kesusahan.
Ingatlah...renungi....dan fikir-fikirlah...
*Dari manakah asalnya manusia?
*kemanakah hala tuju manusia dan kehidupan selepas ini?
*Untuk apa manusia diciptakan dan kehidupan ini wujud?
Jiwa yang tenang pasti mempunyai jawapannya
Wahai jiwang yang tenang cuba lihat permandangan tasek yang indah.
Jiwa yang tenang dapat menikmati tasek yang membiru...unggas berterbangan
pepohonn melambai...bunga-bunga berkembang dan udara yang segar
Blog
saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan