Rabu, 23 April 2014

KISAH KERTAS YANG TIDAK SEMPAT DIBACA

share dari link fb ~Kata Kata Hikmah's

KISAH KERTAS YANG TIDAK SEMPAT DIBACA

Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan kemudian dibuang.

Dunia semuanya seperti kertas. Ramai yang bersedih, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA.

Kerana kertas manusia dipuji,
Kerana kertas manusia dipuja,
Kerana kertas, manusia dihina,

Kerana kertas manusia terpisah
Kerana kertas manusia berkuasa
Kerana kertas manusia merana.

Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Ijazah - Kertas
Buku akaun - Kertas

Saman - Kertas
Tesis - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas

Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas

Hanya satu kertas
yang DIMILIKI seseorang
tetapi
TIDAK DAPAT DILIHATNYA
sendiri

SIJIL MATInya

Kerana itu seriuslah BERAMAL sebelum sijil MATI itu dikeluarkan.

Juga pastikan semua kandungan kertas-kertas yang tersebut di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini.


Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan