Selasa, 26 Ogos 2014

Gula Melaka Caramel Chendol Ice Cream

share dari link fb ~Buku Resepi

Gula Melaka Caramel Chendol Ice Cream 
Oleh:Noor Abdul Rahim
bahan-bahan : 

* 50g butter
* 30g gula melaka 
* 1/2 sudu besar gula halus
* secubit garam
* 1 sudu besar air
50ml susu cair

1/4 cawan susu segar (susu kotak) 
1/4 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan dairy whipping cream - sejuk
1/2 cawan santan serbuk
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan jagung berkrim
1/2 cawan chendol
kacang cincang secukupnya - disangar tanpa minyak

cara-cara : 
1. Caramel sauce - Satukan butter, air, gula melaka & secubit garam. Didihkan selama 5 minit, jaga supaya jgn hangus. 
2. Matikan api, perlahan-lahan tuang susu cair sambil kacau rata. Biarkan sejuk.

3. Ice Cream - Pukul susu segar, susu pekat manis, garam & santan serbuk hingga sebati.
4. Masuk kan whipping cream. Pukul hingga adunan betul-betul pekat.
5. Adunan ice cream di bahagi 3. Sebahagian dimasuk kan dalam bekas. Ratakan.
6. Letak kan chendol, jagung & caramel sauce.
7. Masuk kan lagi sebahagian adunan ice cream. Ratakan.
8. Tuang sos gula melaka, jagung krim & chendol lagi.
9. Tuang bahagian akhir adunan ice cream. 
10. Taburkan kacang cincang & caramel sauce. Tutup bekas & masuk kan kedalam freezer sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dihidangkan.

* Kepada yg minat chendol & ice cream, saya harap anda berminat untuk mencuba resepi ini.

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http//sharmine205omarshahab.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan