Rabu, 6 Ogos 2014

KETUPAT PALAS

share dari link fb ~Resepi Masakan

KETUPAT PALAS 

Bahan bahan 
1 kilo beras pulut (4 cawan) 
1 kilo cawan santan/kurangkan sikit. 
garam daun palas secukupnya

Cara-cara 
1. Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan. 
2. Tuang santan ke dalam periuk dan didihkan. 
3. Kemudian masukkan beras pulut, garam.. 
4. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali. Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut tidak melekat dan hangus.
5. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan pulut sejuk. 
6. Ambil sehelai daun palas yang telah dibersihkan dan balut seperti biasa. Buat sehingga habis kesemuanya. 
7. Rebus/kukus lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam. 
8. Angkat dan sejukkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dipotong.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan