Isnin, 25 Ogos 2014

Makaroni bakar.

share dari link fb ~Resepi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni nak kongsi resepi yang ringkas dan mudah iaitu makaroni bakar.Anak-anak memang suka,tambah pula bagi yang kurang suka makan nasi.Jadi ibu-ibu boleh try untuk buat yer:)

Bahan-bahan (untuk 4 bekas kecil)

1/2 paket makaroni
1 paket daging kisar Ramly (saiz kecil)
1 paket kecil keju mozarella 
5 biji telur
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 batang lobak merah dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak
Mayonis,sos thousand island, sos cili dan sos tomato untuk hiasan.

Cara-cara
1.Rebus makaroni hingga empuk.Tuang sedikit minyak untuk mengelakkan makaroni dari melekat.Bila telah empuk toskan diatas penapis.Ketepikan
2.Panaskan kuali.Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.Selepas itu masukkan daging kisar.Kacau hingga daging bertukar warna(tidak perlu terlalu masak,cukup sekadar kering air daging sahaja).Kemudian masukkan lobak merah serta perasakan dengan garam dan gula.kacau sebentar dan angkat.
3.Dalam satu bekas yang besar campurkan daging yang telah dimasak dengan makaroni.Lepas tu masukkan telur,serbuk lada putih dan serbuk cili.
4.Sedikan bekas dan tuang makaroni .Taburkan keju mozarella diatasnya.Bakar di dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius selama 15-20 minit.Bila telah masak paipkan thousand island,mayonis,sos tomato dan sos cili.Sedia dihidangkan.

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http//sharmine205omarshahab.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan