Isnin, 25 Ogos 2014

[Khasiat daun Pegaga]

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

[Khasiat daun Pegaga]



Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.


Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasimasalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.


Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http//sharmine205omarshahab.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan