Isnin, 25 Ogos 2014

Sup Ekor/Tulang

share dari link fb ~Resepi Masakan

Sup Ekor/Tulang
Resepi Masakan

Bahan-bahan

1/2 kilo ekor lembu
satu peket rempah sup
satu sup bunjut
2 kayu manis
3 bunga lawang
3 buah pelaga
3 bunga bunga cengkih
6 ulas bawang merah -mayang
3-4 ulas bawang putih -mayang
2 inci halia -mayang
air secukupnya
garam dan lada hitam secukup rasa
1 biji tomato
1 batang seleri
1 pokok daun ketumbar – potong sepanjang 3 cm
daun wang dan daun sup secukupnya
2 biji limau nipis


Cara memasak

Rebus ekor lembu sampai mendidih, buang air dia lepas rebus dengan air baru sampai empuk. Sampai daging ngan tulang nampak dah renggang
Bila dah empuk masukkan sup bunjut, rasakan garam dan lada hitam dan rebus lagi untuk 30 minit
Sambil-sambil tu tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau, angkat dan masukkan dalam rebusan tulang
dengan minyak yang sama, goreng bawang dan halia sampai layu dan masukkan dalam sup.
masukkan daun ketumbar dan tomato yang dibelah empat,rebus untuk 10 minit
Akhir sekali masukkan seleri yang di potong serong dan tutup api
Untuk hidangan, tabur daun sup , daun bawang dan bawang goreng.
Jangan lupa perah asam limau tau.

makan bersama kicap + cili api

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http//sharmine205omarshahab.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan