RESEPI AYAM GORENG TEPUNG ALA KFC
Suka Resepi Menarik? Like >>> Coretan Dapurku
Vesi yang kita buat ni kita letak lebih sikit serbuk cili dalam tepungnya dan cili kisar dalam bahan perapannya ..waduhh memang sedappppp sangat ayam ni sedap giloss....boleh dikatakan sebiji sebijon macam ayam ala KFC, the hot & spicy version.
------- BAHAN UNTUK PERAP AYAM --------
➜ 6-8 ketul ayam - (Ayu gunakan 1 ekor ayam )
➜ 3 ulas bawang putih ditumbuk
➜ Sedikit garam
➜ ➜ 1 sudu besar serbuk cili
(Ayu gunakan 2 sudu besar cili kisar)
➜ 1 sudu kecil lada hitam
➜ sedikit halia kisar-(Ayu tambah)
➜ Secubit baking powder
➜ Secubit serbuk perasa
------- BAHAN UNTUK TEPUNG --------
➜ 1 cawan tepung jagung
➜ 1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
➜ 3 ulas bawang putih ditumbuk
➜ Sedikit garam
➜ 1 sudu besar serbuk cili-((Ayu gunakn 2 sudu besar serbuk cili)
➜ 1 sudu kecil lada hitam
➜ Secubit baking powder
➜ Secubit serbuk perasa
------- CARA MASAK --------
➜ Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
➜ Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
➜ Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
➜ Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
➜ Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
➜ Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA...!
Resepi ini telah diambil dari blog
>>> curlybabesatisfaction.blog spot.com
RESEPI MASAKAN @ Rahsia Perkahwinan
Blog saya satu lagi yg boleh dilawati :
http//sharmine205omarshahab.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan