Isnin, 25 Ogos 2014

Popcorn Ayam Rangup


share dari link fb ~Buku Resepi

Popcorn Ayam Rangup
Oleh:Nor Faeza Za'abah
BAHAN-BAHAN (anggaran utk 5-6 orang)

5 keping ayam boneless( peha/dada) - bahagian lain pon boleh asalkan tulangnya dibuang
10 sudu tepung goreng ayam / tepung rangup serbaguna (sy guna brand Magik)
*3 sudu serbuk lada hitam 
*6 sudu besar rempah kari
*2 sudu serbuk lada sulah 
*2 sudu serbuk cili - ikut citarasa
*4 sudu serbuk meat tenderiser (sy guna brand McCormick. Boleh juga digantikan dgn garam & 4 sudu susu segar)
*3 sudu gula
*1 biji bawang besar 
*3 biji bawang putih 
4 biji telur 
breadcrumbs secukupnya (sy guna brand HollyFarms)

CARA-CARA

1. Potong ayam ikut saiz ala-ala popcorn dan masukkan didalam mangkuk.
2. Kisarkan bawang bersama bahan2 bertanda * dgn sedikit air.
3. Perapkan ayam dgn bahan kisar dan tepung selama 30 minit sekurang2nya - taburkan tepung secara rawak sedikit demi sedikit dan gaul
3. Pukulkan telur sedikit kembang dan gaul sebati bersama ayam yg telah diperap.
4. Sediakan serbuk roti secukupkan. Letakkan ayam tadi sedikit demi sedikit utk disaluti serbuk roti sepenuhnya.
5. Gorengkan dengan minyak penuh sehingga perang keemasan dgn api sederhana.

***bahan2boleh dilaras ikut citarasa dan boleh digaul terus tanpa dikisar bersama bawang
***boleh gunakan plastik utk memudahkan proses menyaluti ayam dgn serbuk roti dengan cara masukkan serbuk roti dan ayam sedikit demi sedikit serta goncangkannya.
***ayam yang belum dicampurkan telur boleh disimpan didalam freezer utk 2-3hari
 

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http//sharmine205omarshahab.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan