Isnin, 25 Ogos 2014

RESEPI KEK PELANGI

share dari link fb ~Buku Resepi


RESEPI KEK PELANGI
Oleh : kak Zai | www.BukuResepi.com

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
220 gm tepung naik sendiri
5 sudu besar air susu-boleh guna susu segar ataupun susu tepung!
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna merah, hijau, kuning dan biru

Cara-cara

Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c.
Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.

Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.

Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.

Bahagikan adunan kpd 4 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning dan biru.

Ambil 1 adunan kuning merah, hijau, dan biru. Lapiskan seperti dalam gambar,

Bakar 180c selama 1 jam. siap, sapukan krim.

=======
RESEPI UNTUK KRIM
=======

BAHAN-BAHAN

200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:

Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu




Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http//sharmine205omarshahab.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan