Sabtu, 12 Julai 2014

6 KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA KITA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN

share dari link fb ~Anugerah

6 KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA KITA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN

Adakah anda pernah merasai perbezaan apabila anda mendengar dan membaca al-Quran. Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat berjaya membuktikan bahawa hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, Muslim samada yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

✔ Al-Quran Sebagai Penyembuh Semulajadi

Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel tubuh dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka. 

Kajian ini mendapati terdapat penurunan kemurungan dan kesedihan apabila dibacakan al-Quran pada pesakit. Selain itu, analisis terhadap tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik juga menunjukkan perubahan yang positif di dalam kajian tersebut.

✔ Ayat-Ayat al-Quran Boleh Menghancurkan Sel Kanser dan Virus

Dengan hanya bunyi bacaan dari Al Quran, sel-sel kanser boleh pecah dengan sendirinya. Ini kerana frekuensi bunyi bacaan al-Quran dengan jarak gelombang tertentu boleh bertindak seperti sonar yang boleh menghapuskan sel-sel kanser apabila dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran secara kerap.

Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi Al-Quran. Aktiviti virus akan terganggu dan akhirnya akan terhenti apabila bunyi terus dikenakan padanya.

✔ Al-Quran Mengubah Molekul Air dan Peminumnya

Apabila air dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran, molekul air akan berubah kepada bentuk yang cantik dan menarik. Apabila air tersebut diminum, ia akan memberikan kesan positif kepada peminumnya seperti penyembuhan fizikal dan spiritual. 

✔ Ketenangan Daripada Bacaan al-Quran

Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston mendapati mereka yang diperdengarkan dengan bacaan al-Quran akan memperolehi ketenangan. 

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. Hasil keputusan adalah responden mendapatkan ketenangan sehingga 65% ketika mendengar bacaan al-Quran dan 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

✔ Al-Quran Mempengaruhi Respon Bayi

Menurut kajian Dr. Nurhayati yang membentangkan hasil kajian pada Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997 mendapati bayi yang berusia 48 jam yang diperdengarkan ayat-ayat Aa-Quran dari perakam suara menunjukkan respon seperti tersenyum dan tenang. Ia juga dapat merangsang sel-sel otak bayi agar kerap berhubung.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan