Rabu, 2 Julai 2014

Tom yam campur/ayam

share dari link fb ~Ida Shahida


salam....hari ni saya bagi resepi tomyam....perencahnya buat sendiri.tak yah beli yg readymade dah....sangat2 senang dan hasilnya memuaskan hati....saya kesian kat kawan kawan saya yang selalu guna kiub perasa tomyam...tak sedappppp..pasal tu saya bagi resepi ni untuk kawan kawan semua...cubalah untuk "makan Family" hari minggu nanti....selamat memasak!!

Tom yam campur/ayam
Bahan - bahan UntukMembuat Paste :
10 biji bawang merah
7 camca besar cili kering yg dimesin/30 tangkai cili kering - rendamkan dengan air panas sekejap (jangan guna cili boh yang dijual kat pasaraya@market yea)
2 inci lengkuas (tak perlu banyak sebab nanti kuah tomyam akan terasa sedikit pahit)
3 batang serai 1 biji buah tomato yg masak ranum
1 inci belacan – dibakar
((semua bahan ini hendaklah dimesin sekali menggunakan air (bubuh air dalam blender sekadar untuk blender tu leh berputar cukup) 10 ekor udang kering (kalau tak dak, tak yah boh) 2 keping asam gelugur (penting sebab melengkapkan kemasamannya) kalau tak dak, boleh ganti dengan air asam jawa yg pekat 2 camca besar garam dan gula secukupnya (seimbangkan masam dan manisnya, gula perlu banyak sebab nak cover pedas.
bahan bahan ke 2
1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan direbus bersama air dan bawang putih 5 ulas yang diketuk2)-kandungan air semasa nak rebus tu mesti melebihi paras ayam td)
8 ekor udang atau lebih
8 ekor sotong atau lebih (kalau tak mau taruh udang dan sotong ,buat ayam seekor)
3 labu bawang besar - dibelah 2
2 inci lengkuas - diketuk
3 batang serai - diketuk
1 batang karot, ½ biji bunga kobis (tak perlu banyak jenis sayuran hanya akan menyebabkan tomyam anda jadi tak sedap)
10-15 helai daun limau purut (dikoyak2)
1 biji buah tomato - dibelah 2
2 biji limau nipis - ambil jusnya
3 sudu besar susu cair (kalau nak buat tomyam lemak, yang ini saya suka sangat2)
cili padi 30 biji dibelah 2 (jangan putuskan belahannya) 1 kiub ayam maggi dan sedikit ajinomoto

Cara Masak :
selepas dah siap bahan2 diatas dikisar, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan2 kisar tu sehingga naik bau dan pecah minyak (kena lama tumisannya sampai paste dan cili serta minyak bertukar menjadi warna merah cantik) pastu baru masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa masak hingga menjadi perencah tomyam.

bila perencah tomyam tadi dah cukup masak dan warna merah menyala , masukkan air rebusan ayam tadi (bersama2 ayam yang direbus tadi tu), dah didih....... Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut serai, dan lengkuas (yang tidak dimesin) Masukkan sotong, udang, sayur2an dan buah tomato. Masukkan pula pes tomyam, jus limau nipis , gula, ajinomoto, 1 kiub ayam dan garam secukup rasa. Last sekali masukkan sayur tadi tu..carrot dan bunga kubis (seimbangkan rasa nya )

Tunggu sehingga ayam empuk (pecah2 sedikit) dan bahan2 seafood lain masak baru di padamkan api . SEBELUM DIPADAMKAN API MASUKKAN CILI PADI YANG DIBELAH TADI TU) pastu BUBUH 10-15 helai daun limau purut dikoyak2 ** jangan dimesin** (daun limau purut perlu banyak sebab kesedapan tomyam makin terasa bila banyak menggunakan daun limau purut)
kalau suka boleh masukkan susu cair , taburkan daun ketumbar yg telah dihiris halus dan bawang goreng sedikit. Mmmm...dah siap dah!!!

**petua- kalau nak buat tomyam bagi lagi sedap ...bahan utama yg kena banyak ialah serai (diketuk2) dan daun limau purut mesti banyak**

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan