Rabu, 9 Julai 2014

share dari link fb ~Buku Resepi

Ketam masak bersos dengan telur
Oleh:Mohamad Nazri Noniazni

Bahan-bahannya:
1 kilo ketam(dibersihkan dan dipotong 2)
1 biji bawang besar(dicincang)
4 ulas bawang putih(dicincang)
Halia kira-kira 2 inci(dicincang)
Serai 1 batang(diketuk)
Sos cili 2 sudu besar
Sos tomato 2 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Cili blender@cili giling 2 sudu besar
Air(agak2)
Perasa(garam..ajinomoto dan gula)
Sedikit minyak masak(untuk goreng ketam dan menumis bhn2)
Telor 2 biji(dipukul sikit)
Sedikit daun sup(untuk hiasan)

Cara2 membuatnya..
Ketam dibersihkan..dipotong pd 2 bahagian dan digoreng sekejap(agak2 dah nampak merah angkat..jangan terlalu lama..nanti isi ketam keras)asingkan..
Tumis bawang besar..bawang putih..halia..serai dan cili blender..Masak sehingga kekuningan..
Masukkan air..sos cili..sos tomato dan sos tiram..
Biarkan mendidih dan masak sekata..
Masukkan telur yang dipukul tadi..Kacau lagi sehingga sebati dan perisakan dengan perasa..
Masukkan ketam dan gaul sebati..
Hiaskan dengan daun sup..
Siap dihidang.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan