Isnin, 14 Julai 2014

Nasi Beriyani Ayam

share dari link fb ~Resepi Nasi
 
Nasi Beriyani Ayam

Bahan-bahan ( Sekeluarga lebih kurang 7-8 orang )

Bahan2 utk lauk:

600 gm ayam
100 gm bawang merah - dimayang, digoreng dan ditumbuk halus
70 gm puri tomato
1/2 st garam
1 cawan minyak masak
Ketumbar

Rempah Utk Digiling :

1 sb ketumbar [
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai cili kering
2.5 cm kulit kayu manis
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Bahan2 Utk menumis nasi :

3 cawan beras beriani (basmathi)
4 cawan air sejuk
90 gm minyak sapi
1 sb serbuk badam
1 st garam
1 st gula
5 helai daun pudina

Bahan2 utk menumis :-

2.5 cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - dimayang
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 st jintan manis

Cara Masak:

1. Panaskan minyak sapi dicampur minyak masak (dikacau2).

2. Tumiskan bahan2 penumis. Campurkan sedikit air dan masukkan rempah2 yang telah digiling halus. Kemudian masukkan air dan puri tomato.

3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup sebentar sehingga ayam empok.
Setelah masak, keluarkan ayam saja dan tinggalkan kuahnya. Campurkan air lagi, masukkan garam, gula, serbuk badam dan dikacau, kemudian ditutup sebentar.

5. Bila mendidih masukkan bawang yg telah digoreng dan ditumbuk halus.

6. Kuah ini dimasukkan ke dalam periuk nasi. Beras yang telah dicuci dimasukkan ke dalamnya. Kacaukan rata2 dan tutup.

7. Bila agak kering, bolehlan dimasukkan ayam dengan cara diselit2kan di celah-celah nasi. Tutup dan biar hingga masak.

8. Bila telah masak, taburkan dengan sedikit kismis dan hidangkan dengan cili yng dipotong berbentuk bunga.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan