:: Untuk Kali kedua Yahudi akan dikalahkan ::
Allah berfirman..
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......[**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayyubi]
[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
****
Benarlah Firman Allah dan Sabda Rasulullah..
"Allahumman Suril Islaama wal Muslimin Wal Mujahidin fi Gaza wa fi kulli Makan.."
****
SubhanaAllah !
Rakyat PALESTIN memang benar-benar HEBAT!!! Mereka diserang dan dibunuh, tapi masih tetap ingat ALLAH.. Jemaah solatnya PENUH melimpah keluar.
~~~~~ ~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Biar gambar berbicara...
Dimanakah peranan kita sebagai saudara seIslam...kalau tidak dapat tidak melakukan pertolongan dari jarak dekat, sekurang2nya berdoa lah.....sama2 boikot produk israel yahudi laknatullah ini...yg mana dana mereka itu menyumbang kepada mereka membeli bom, meriam dsbnya utk membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.. sekurang2nya bila kita di hadapan ALLAH ...ada jawapan utk itu wlwpun bantuan yg kita berikan sekecil hama/kuman cuma..tapi ALLAH melihat...bantulah kalau terdaya, berdoalah utk kemenangan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan