AMALAN UNTUK MASALAH PENYAKIT KRONIK (GANGGUAN ATAU FIZIKAL)
Setiap amalan perlu disertakan NIAT dan DOA.
Letakkan air bersih samada untuk minum atau mandian. Dibuat selama 11 hari berturut-turut secara istiqomah.
Pesakit digalakkan mengurangkan makanan yang berunsur darah selama tempoh beramal.
Untuk penderita apa-apa jenis Kanser, TB (Batuk Kering), Radang Paru-Paru dan sebagainya, sebaiknya dibacakan pada Minyak Zaitun, untuk dibuat sapuan serta ditelan/diminum.
Waktu untuk mandian atau minum adalah dengan syarat setelah selesai satu pusingan amalan iaitu dari amalan dari pagi hingga ke malam, seterusnya air tersebut dimandikan pagi berikutnya.
ATAU
Terlebih baik, dihabiskan amalan setelah 11 hari, dan kemudian air tersebut digunakan untuk mandi atau minum waktu Dhuha.
(Dalam Ramadhan minum sewaktu sahur).
CARANYA
1) Pada waktu Tahajud@Sahur
Istighfar 111x
2) Diantara Azan dan Iqamah Subuh
11x Al Fatihah
3) Selepas Solat Subuh
11x Al Fatihah
4) Selepas Solat Zuhur
11x Al Fatihah
5) Selepas Solat Asar
11x Al Fatihah
6) Selepas Solat Maghrib
11x Al Fatihah
7) Selepas Solat Isyak@ Sebelum Tidur
21x BasmALLAH dan 11x Al Fatihah
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan'
Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
@RRH
blog saya satu lagi
boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan