Khamis, 10 Julai 2014

Atas permintaan ramai sahabat-sahabat maka saya mulakan perkongsian perbincangan dgn McD. (3 Syarikat Pro Israel Kita Perlu Boikot.) [Hentikanlah mentaliti macam Kadburi]

share dari link fb ~Aqsa Syarif

Atas permintaan ramai sahabat-sahabat maka saya mulakan perkongsian perbincangan dgn McD.


di pihak McD 3 officials dari bhgn human resource, dan Marketing.




di pihak Aqsa Syarif pula ialah pengerusi (Dr Hafidzi Mohd Noor), GM (kamarulzaman Shahrul Anwar), Mike Allen VPM (Viva Palestina Malaysia) dan PR eks Aiman Zin Kandar.


Pengerusi mulakan dgn background kpd pertemuan dan t.k kpd delegasi McD kerana sudi bertandang ke pej Aqsa Syarif

Perbincangan berlaku dalam English kerana sdr Mike lebih fasih berbahasa Inggreis (warga muslim Britain yg sudah menetap di Malaysia di Malaysia)

Mike started the ball rolling dgn meminta penjelasan hubungan McD Malaysia dgn McD Corp.

Rumusannya: McD Malaysia adalah dimiliki oleh Golden Archers Restaurant yg merupakan subsidiary kpd McD Corp. US. McD Malaysia membayar 5% dari turnover (sales) pd McD Corp US. McD Corp adalah policy maker dan juga menggariskan code of conduct. Jika McD Malaysia nak buka outlet baru mereka akan submit application pd McD corp US. Even McD corp akan provide financial assistance utk buka outlet baru.

Point penting - McD Malaysia is linked to McD corp financially and even pay royalties as well as benefited from McD Corp US. jadi argument yg mengatakan McD Malaysia hanya membayar cukai pd kerajaan is misleading.

seterusnya delegasi McD refute dakwaan yg mengatakan CEO McD contibuted to JUF (Jewish United Fund) yg berada at the forefront in aiding Israel. Mereka kata itu CEO 10 tahun dulu. bukan CEO sekarang.

Point penting - Mereka tak nafikan Jack Greenberg (check nama CEO dlm google) contribute to JUF, tapi he did that in his personal capacity?? To which Mike shot back macam mana Greenberg contribute on his personal capacity using McD as a source of the funds. Dan saya ada sebut McD terima award from Israeli govt for helping israel's economy. Ana juga refute McD top management is no longer related to Israel because one of the board of directors (mungkin CEO yg sekarang-he's black American) dpt prestigious award dari muzuem of holocaust for outstanding contributions to keep the important chapter in the jewish history alive in the minds of the jewish people

Seterusnya tentang senarai boycott dalam Inminds. Kami tegaskan pd mereka. jika inminds say untrue things abt McD kenapa tdk sekalipun inminds kena sue dgn McD. Mike tambah ada kes di UK one person campaigning against McD (isu lain-bukan boikot Israel) McD sue that person in court. jadi sepatutnya Inminds dah lama kena saman-tetapi tdk sekalipun. wal hal sueing and counter sueing is the norm in the west. to this mereka tdk ada jawapan

point seterusnya- mereka kata kenapa boikot McD sebab kita tlg bumiputera. McD sedia pekerjaan 80% melayu/islam. Mereka kata McD tempat mereka cari rezeki-McD is like their home. yg ini saya jawab sasaran boikot bukan pekerja McD. We are not against you. there's nothing personal about boycott McD. we are not against your livelihood. we are against McD supporting Israel. and remember that boycott is still relevant regardless of who works at McD. it is not like majority of McD workers are melayu muslim than we should not boycott. if let say that majority of McD workers are non malay/non muslim than it is ok to boycott? Israel is waging war against humanity. Israel is not against Islam in particular, Israel is targeting the whole of humanity. when they kill children and they attack schools they are not targeting muslims per se-they are targeting the whole of mankind. so we do not buy the argument that since the workers are muslims than we should reconsider our boycott campaign. to us it does not matter who works at McD. McD Malaysia is as guilty as McD corp US and we should not make any distinctions between the 2 entities. they are one and the same

kemudian mereka tanya kenapa tak boycott syarikat US yg lain. maka kami jawab kita bukan boycott US companies, bahkan kita bukan boycott syatikat yahudi. kita boycott syarijat yg membantu kewangan Israel. kami tak peduli, kalaupun syarikat itu milik umat Islam, jika dia tolong Israel maka syatikat itu akan jadi sasaran boycott juga sama macam McD. Jadi jgn salah faham-boycott McD bukan sebab dia syarikat USA.

... ok bersambung insyaAllah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3 Syarikat Pro Israel Kita Perlu Boikot.

1.Starbucks

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Howard Schultz telah diberi penghormatan Aish HaTorah oleh Jerusalem Fund ketika ‘The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award’ untuk perkhidmatan dia kepada negara Zionis dengan 'memainkan peranan utama dalam menggalakkan pakatan rapat antara Amerika Syarikat dan Israel.’ Ia telah mendedahkan bahawa Starbucks masih terus menyokong Israel dengan menaja perkumpulan dana untuk Israel.

2.Coca-cola

Pada tahun 1997, Israel Economic Mission memberi penghormatan kepada Coca-Cola di Israel Trade Award Dinner atas sokongan berterusan kepada Israel selama 30 tahun dan kerana enggan mematuhi boikot Liga Arab terhadap Israel. Pada bulan Julai 2002, Coca-Cola berkata bahawa mereka akan membina sebuah kilang baru di Qiryat Gat,Israel.

3.McDonald

McDonald adalah rakan korporat utama Jewish United Fund dan Jewish Federation . Melalui Israel Commission , Jewish United Fund "berfungsi untuk mengekalkan tentera Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel, memantau dan, apabila perlu, respons kepada liputan media Israel." Jewish United Fund menyediakan $ 1,300,000 setiap tahun untuk Israel, melalui "Partnership to Israel" program.

Kalau tidak boleh boikot kerana nafsu tinggi sangat, usaha untuk kurangkan atau beli jika sudah darurat. Saya faham bagi umat islam zaman sekarang, jika tiada produk diatas mereka boleh mati. (sarcasm).


Kalau 1 billion umat Islam beri tekanan kepada syarikat diatas, saya pasti mereka akan rugi besar maka perlu berhenti menyokong Israel. Kalau tidak mampu jihad di bumi Palestin, jihad di Malaysia pun boleh dengan kurangkan dana kepada musuh Islam.

(Gambar Gaza dibedil pagi tadi)

-AR- — with TanGan Emas.
~~~~~~~~~~~~~~~ 
share dari link fb Dato Azizan Osman (DAO)- 

[Hentikanlah mentaliti macam Kadburi]
Ada orang komen, bila kita semakin agresif mengajak umat Islam menyumbang kepada rakyat Palestin melalui NGO, mereka komen, kita mampu buat apa? Ekonomi Israel tu kuat, mana kita mampu buat apa-apa. Dan kerajaan pun tak buat apa-apa, lagipun kita perlu berusaha mengajak umat Islam kembali kepada Islam. 

Jawapan saya: 
Itu semua komen macam Kadburi. Baca ni. Iman manusia berbeza-beza. Apa orang lain buat itu tidak penting tetapi apa yang kita buat itu lebih penting. Anda dah sumbang dan transfer at least RM10 ke Aman Palestin atau Aqsa Sharif untuk bantu rakyat Palestin? Itulah salah satu bukti keimanan kita kepada saudara Islam kita. Kalau anda rasa anda nak tolong, anda tolong. Kalau rasa nak bersama-sama boikot, anda boikot mana-mana produk Yahudi, mungkin kita tidak mampu boikot semua tapi boikot sebahagian. Janganlah jadi loser sibuk menuding jari kat orang lain atau kerajaan. Dalam kubur nanti kita jawablah bila ditanya tentang apa kau buat untuk bantu saudara Islam di Palestin, anda jawablah, ini semua salah kerajaan. 

Ingatlah kisah ketika Nabi Allah Ibrahim AS dicampak ke dalam api, sekonyong-konyo g seekor burung berusaha mengambil air untuk memadamkan api, burung kecil itu ditanya, mampu ke kau padamkan api tu wahai burung? Kau tu kecil. Burung itu menjawab, aku lebih takut ditanya apa yang aku telah buat bila Nabi Ibrahim AS dibakar daripada aku tidak berbuat apa-apa. 

Jika selama ini kita guna 100 jenama yang menyokong Yahudi, mungkin kita boleh gantikannya sedikit demi sedikit dengan barangan produk orang Islam atau at least yang tidak menyokong Yahudi. Mana tahu mungkin kalau tak minum Milo tu kita rasa macam nak meninggal ke, then tak payahlah boikot. 

Kalau nak sumbang RM10 pun macam nak berperang suami isteri then doa jerlah agar Palestin dipelihara Allah swt. 

Ujian ke atas Palestin adalah ujian ke atas umat Islam seluruh dunia. 
Tepuk dada, tanya Iman. Ada kita kisah? Fikir-fikirkan. 

#DAO
Sumbangan ke akaun tabung Gaza..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  

sajak share dari link fb ~ Raihan Zaffya Novelis 

Tika Palestina mulai bangkit
mujahid Gaza gah nan gagah
undur tidak terus maju
tanpa peduli
hilang anggota 
menggadai nyawa
di depan mata telah terhidu
semerbak firdausi 
iftar mujahid di hamparan dunia
sahur mereka di taman syurga
syahid dinanti terjelma jua
mereka tidak mati
terus hidup di sisi-NYA
laknatullah mulai gentar
bertempiaran bertebaran
ketar gementar
enggan mati
bedilan Al- Qasam merobek angkuh
rasailah ketakutan itu!

laknatlah kamu!
laknatlah kamu!
laknatlah kamu!


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan