Isnin, 14 Julai 2014

Nasi Lemak Hijau

share dari link fb ~Resepi Nasi

Nasi Lemak Hijau

Bahan-bahan ( untuk 8 mangkuk )

4 pot / cawan beras
2 cawan santan wangi (santan sawit)
1 inci halia
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil halba
1 ulas kecil bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil marjerin/butter
4 - 5 cawan air pandan ( pandan diblender dan diambil airnya)
1 simpul daun pandan

Cara Masak:

1. Basuh beras dan masukkan semua bahan kedlm beras.

2. Bawang putih, bawang merah dan halia dikupas, tidak perlu dihiris. Masukkan kedlm beras dan keluarkan bila nasi sudah masak.

3. Air pandan masukkan sebanyak yg disukai kerana santan sawit ini walaubagaimana byk airpun nasi tetap jadi seroi dan sedap.

4. Hidangkan dengan telur rebus, bilis goreng, kacang goreng, sambal tumis, papadom dan juga hirisan timun.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan