ADA APA PADA CINTA?
ISLAM mengajarkan bahawa seluruh kuasa CINTA manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga CINTA kepada-Nya jauh melebihi CINTA pada sesama makhluk. Justeru, CINTA pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah subhnanahu wa ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 165,
“Dan di antara manusia ada orang-orang yangmengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam (taat) cintanya kepada Allah.”
||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦|| ||¦¦¦¦||||
PENGURUSAN CINTA
Islam mengajar manusia tentang pengurusan CINTA, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan CINTA adalah kepada Allah subhnanahu wa ta’ala, kemudian kepada Rasul-Nya. CINTA pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah. Maha Suci Allah!
Perasaan CINTA adalah abstrak. Namun perasaan CINTA mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda CINTA seseorang kepada Allah subhnanahu wa ta’ala adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah, membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila al Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan CINTA itu!
|| “Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah subhnanahu wa ta’ala semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)
||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦|| ||¦¦¦¦||||
CINTA PALSU
Namun hati-hati juga dengan CINTA, karena CINTA juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. CINTA yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan CINTA Allah, CINTA yang begitu agung, CINTA yang murni.
Ramai yang mengaku mencintai Allah, dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya.
Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya si gadis itu akan lemah, lesu, sedíh. kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.
Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam CINTA hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya.
Itu semua adalah bentuk CINTA PALSU. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.
Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh CINTA DUNIA, mengejar CINTA makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia. Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah subhnanahu wa ta’ala.
|| 'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' (Imam Nawawi)
||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦|| ||¦¦¦¦||||
CINTA ALLAH
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan CINTA Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah subhnanahu wa ta’ala, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan CINTA kita pada Allah, agar kita terhindar daripada CINTA palsu.
Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya. Untuk membuktikan CINTA kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, insya-Allah kita akan dapat menggapai CINTA dan keredhaan-Nya.
CINTA dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.
Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.
Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.
Kredit: iluvislam.com (KUASA CINTA)
___________
Shared By: bicara.hidayah ( .. buat diriku ..)
Bicara Hidayah - Bicara Hati ღ
☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆
Tiada ulasan:
Catat Ulasan