Petua menghalau nyamuk yang banyak berselindung di kawasan dapur
Tarikh: 19 September 2014
Kawasan dapur yang lembap dan gelap amat digemari oleh nyamuk untuk membiak. Rimas juga jika diganggu nyamuk ketika memasak. Penggunaan penyembur nyamuk yang mengandungi bahan kimia amat tidak digalakkan kerana boleh mencemarkan makanan anda. Ada cara lebih selamat untuk menghalau nyamuk dari dapur anda. Antara bahan yang anda perlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji limau nipis
- 20 kuntum bunga cengkih
CARA-CARA:
1. Potong buah limau kepada dua bahagian.
2. Cucuk 10 kuntum bunga cengkih pada setiap belah buah limau.
3. Letakkan buah limau di sudut-sudut yang ada nyamuk. Insya-Allah nyamuk akan berkurangan di kawasan dapur anda.
share dari link : http://rasa.karangkraf.com/panduan/petua-dapur/halau-nyamuk-dari-kawasan-dapur-1.318104
Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan