Ahad, 21 September 2014

INFO RASA: MANFAAT PISANG KEPADA KESIHATAN

share dari link fb ~Asmah Hashim

18/9/2014

INFO RASA: MANFAAT PISANG KEPADA KESIHATAN

Tahukah anda keistimewaan pisang selain dijadikan pisang goreng
yang dimakan sebagai kudapan? Terlalu banyak kelebihan pisang yang kita peroleh dan elok untuk tubuh badan.

ASAL USUL:
Pisang diambil daripada perkataan Arab iaitu banan yang bermaksud jari. Ia mengandungi nutrien penting untuk tubuh badan seperti karbohidrat, potasium, karotin dan vitamin A, B6 serta E.

Pisang atau nama botaninya, Musa spp tergolong dalam famili
Musaceac. Di Malaysia umumnya, kultivar seperti pisang emas, pisang berangan, pisang cavendish dan pisang rastali ditanam untuk dimakan mentah. Manakala kultivar seperti pisang nangka, pisang raja, pisang lang, pisang relong, pisang tanduk, pisang nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.

Mulanya pisang dianggap sebagai sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara tetapi kini telah dikomersilkan dan diperluskan keperluannya di seluruh dunia.

KEBAIKAN PISANG:

1. MENGAWAL TEKANAN DARAH
Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi & mengelakkan strok. Ini kerana kandungan potasium yang terdapat dalam pisang adalah tinggi.

2. MERENDAHKAN KOLESTROL
Pisang mengandungi kalori lemak dan sodium yang rendah seterusnya membantu merendahkan tahap kolestrol dalam badan.

3. MERAWAT CIRIT BIRIT
Kandungan potasium dan magnesium yang terdapat di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.

4. MERAWAT ANAEMIA
Pisang kaya dengan zat besi. Oleh itu penghidap anaemia disarankan agar memakan pisang kerana ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. MENGELAKKAN KEMURUNGAN
Protein Tyrophan yang terkandung dalam pisang mempu membantu menenangkan fikiran.

6. MEMBANTU MASALAH PEMBUANGAN AIR BESAR
Pisang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan membantu mengelakkan masalah pembuangan air besar yang tidak normal.

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan