Isnin, 29 September 2014

Khusyu' sesuatu yang sukar diperolehi tapi tidak mustahil diperolehi.

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Khusyu' sesuatu yang sukar diperolehi tapi tidak mustahil diperolehi.

Firman Allah ﷻ : إنّ الصّلاة تنهى عن الفحشآء والمنكر 
Sesungguhnya solat dapat mencegah dari perkara keji dan mungkar. 
Kata Syeikh Nuruddin Al Banjari "Kalau seseorang itu solat kemudian dia perasan siapa disebelahnya, maka dia belum sampai lagi ke maqam Khusyu' "

Kemudian Syeikh Nuruddin Menceritakan kisah Sayyidina Al Imam Ali Zainal abidin As Sajjad, cicit Rasulullah ﷺ . Ketika mana Beliau solat, maka di dalam bilik rumah tersebut terbakar, atap bumbung jatuh, sehingga orang ramai berteriakan Suruhnya lari keluar. Namun Imam Ali Zainal Abidin tetap teruskan solatnya, sehinggalah Orang ramai dapat memadamkan api yang terbakar. Kemudian selepas habis solat, Imam Ali keluar, ditanya orang, kenapa engkau tak lari? Jawabnya, Aku sedang menyibukkan diriku dengan Api yang yang lebih besar, (ertinya... Mengingati hal akhirat), yang azabnya api neraka lebih dasyat dari api keduniaan.

Kata Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid " Ilmu yang akan di angkat oleh Allah ﷻ diakhir zaman sebelum Al Quran, adalah Al Khusyu' "

Habib Ali mengisahkan Abad ibn Bisyir ketika berjaga malam dengan temannya disituasi perang, yang temannya tidur, dan turn dia berjaga. Malam tersebut, Abad ibn bisyir qiamulail. Ketika qiamulail datang musuh menyelinap ke tempat kaum muslimeen, kemudian memanah Abad Ibn Bisyir yg sedang solat. Sehinggakan 3 anak panah di tembak tepat pada Abad ibn bisyir namun Abad ibn Bisyir tidak membatalkan solatnya. Kemudian Abad ibn bisyir menyegerakan solat dan kejut kawanya.
Maka musuh da sedari ada orang lain, dia terus lari. Maka temannya Abad bertanya Kpdnya, sudah 3 kali dipanah kenapa engkau tak kejut? 
Jawab Abad, aku sedang membaca surah al kahfi, kalau bukan kerana pesannya Rasulullah untuk aku jaga malam ini, akan aku teruskan membaca sehingga habis. Begitu lazatnya, nikmatnya, khusyu'nya Abad ibn Bisyir ketika solat sehingga panah yg terkena padanya tidak dpt merasa apa apa ketika didalam solat.

Bagaimana solat kita? Allahurabbi. Semoga Allah kurniakan kita kemanisan dalam ibadah

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan