Khamis, 18 September 2014

Rusuk Kambing Panggang Bermadu.

share dari link fb ~Resepi Kek, Puding & Masakan

Rusuk Kambing Panggang Bermadu.

Bahan2nya

1kg Rusuk Kambing – dibelah 2/3 tulang.
2 inch halia
4 ulas bawang putih
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh biji jintan manis

Garam secukup rasa
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu besar gula
2 sudu besar madu

Cara2nya

Bersihkan tulang rusuk, belah mengikut tulang nya antara 2/3 keping tulang. Tumbuk halia, bawang putih dengan biji ketumbar dan jintan manis. Letak sedikit garam and gula didalam lesong. Tumbuk hingga halus & lumat. Gaulkan kepada tulang rusuk. Taburkan garam & gula halus seditkit bersama serbuk kunyit, ketumbar & jintan halus. Kemudian gaulkan bersama madu.

Perapkan semalam 6 jam. Bila hendak di panggang gaulkan dengan minyak di rusuk nya. Panaskan Oven kepada suhu 160C. Balutkan rusuk dengan aluminum foil biar di panggang selama 30min. Kemudian buka foil dan panggan lagi 15 atau 20min tanpa aluminum nya. Suhu dinaikan ke 180C – grill setting (api atas). Jangan lupa, letakkan air semangkuk di hujung oven, supaya daging rusuk tidak kering. Makan dengan salad segar, mash potatoes dan sos venigrette minyak zaitun, lemon dan pudinah.

Kepada peminat2 lamb ribs jom cuba.. nyum2..

==> 2 peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing. "Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan