Selasa, 16 September 2014

Resepi Ayam penyet dan Lele Penyet

Buat 2 hidangan serentak..
penyediaan ayam penyet... ayam ni diperap dahulu dgn bahan tumbuk dlm 20-30 minit
setelah diperap direbus dgn air 500ml sehingga masak
yang ni pula serdak dr adunan tpg serta campuran bahan tumbuk 
ayam penyet 

share dari link fb ~ Tahrunnisah Jali 

Tahrunnisah Jali added 8 new photos.

Assalamualaikum...hidangan tengahari kami tadi..Masakan Indonesia.. Ayam Penyet dan Lele/keli Penyet..
*yang membezakan ayam penyet dan keli penyet - ayam perlu direbus terlebih dahulu dan keli terus digoreng ngan bahan salutan (resepi keli penyet ada di bahagian gambar keli)
Resepi Ayam penyet 
Bahan A
1 ekor ayam di potong 4 @6 (atau terpulang pada saiz yang disukai)
1/2 liter air (utk merebus)
Minyak untuk menggoreng ayam nanti
Bahan B
3 ulas bawang putih*
4 biji buah keras*
1 sudu besar biji ketumbar*
sedikit kunyit (debu atau basah mana2 yang ada)*
sedikit halia*
sedikit lengkuas*
garam
gula atau perisa aji (mana2 yang disukai)
2 helai daun salam (masukkan masa nak rebus ayam)
Bahan C
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
garam jika perlu
1 biji telor ayam
caranya
1. ayam dipotong dan dibersihkan
2. tumbuk halus bahan B bertanda * dan tambah garam /perisa /gula
3. ambil 1/2 bahagian bahan tumbuk B tadi dan salut/lumur pada ayam tadi dan 
biarkan selama 20/30 minit
4. didihkan air kemudian masukkan ayam beserta sekali dgn bahan lumur (yang 
no 3 diatas) . masak shingga ayam masak ..angkat 
5. dalam 1 bekas masukkan setengah daripada air rebusan ayam tadi dan 
separuh baki bahan B dan masukkan semua bahan C ... kacau rata semuanya 
dan perasakan jika tawar tambah garam
6. Masukkan ayam yang telah direbus tadi dlm bahan bekas yang berisi adunan 
no.5 di atas..
7. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam yang diletakkan dlm 
adunan no 5 tadi... goreng hingga masak dan garing..angkat dan tos.. adunan 
no 5 ni juga digunakan untuk menggoreng tauhu serta tempe//goreng hingga 
masak
untuk menggoreng serdak pula
dah goreng ayam tadi.. baki adunan digunakan utk buat serdaknya pula.. caranya dalam minyak yang panas tadi..masukkan sedikit dahulu adunan no 5 tadi..dan terus kacau2 adunan dlm minyak panas untuk mendapatkan serdak yg halus ..goreng hingga garing angkat dan toskan ..
utk sup
saya hanya gunakan lebihan air rebusan ayam tadi dan tambah sedikit air dan garam secukupnya ....
Sambal Terasi
2 biji tomato*
6 biji lada merah*
4 biji cili api (ikut kepedasan yang diingini)*
1 biji bawang besar*
sedikit bilis 
sedikit belacan
garam dan gula
daun salam (jika ada)
sedikit minyak utk menumis
(caranya- potong bahan yang bertanda * kecik. panaskan minyak dan tumis semua bahan diatas sehingga layu sahaja..kemudian ditumbuk halus semua bahan kecuali daun salam dan tambah garam dan gula
ulaman
timun dipotong
kacang panjang dipotong dan direbus
tauhu dipotong 3 segi
tempe dihiris nipis
sayur kangkung goreng atau dicelur
salad

share dari link fb Tahrunnisah Jali
keli yang direndam sebentar selama 20 minit dlm adunan bahan tumbuk dan air 

keli/lele penyet




Bahan2 utk lele/keli penyet




1 gelas air


2 sudu besar tpg beras


1 1/2 sudu tpg ubi


limau niipis/lemon sedikit


2 ulas bawang putih*


2 biji buah keras*


1/2 sudu besar ketumbar*


sedikit kunyit*


sedikit halia*


garam *


sedikit gula 1 biji telor



caranya


1. bersihkan lele/keli kemudian perah sedikit lemon atau limau nipis..biarkan seketika kemudian bersihkan dgn air



2. tumbuk lumat bahan bertanda* halia, bawang putih, kunyit, ketumbar buah keras dan sedikit garam



3. dlm 1 bekas masukkan air dan bahan tumbuk..masukkan ikan keli biarkan seketika dlm 20 minit...



4. keluarkan ikan keli dan toskan ..dlm bekas tadi yang ada bahan tumbuk dan air..masukkan telor dan tepung ubi dan tepung beras..kacau sebati dan isikan sedikit stok ayam..



5.. masukkan semula ikan keli dan goreng dalam minyak panas sehingga masak...



6. lebihan adunan yang ada tu boleh digunakan tuk membuat serdak.. hanya goreng aje adunan dlm minyak yang panas.. kalau adunan banyak boleh goreng 2kali ..goreng hingga garing
 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

1 ulasan: