Khamis, 18 September 2014

RESEPI PUDING PEACH

share dari link fb ~Resepi Kek, Puding & Masakan

RESEPI PUDING PEACH

untuk desert berbuka 

Bahan bahan :

1 bungkus agar bertali tu (50grm)
2 biji telur
1 tin buah peach (saya guna tin besaaaa)
1 tin susu cair
Gula secukupnya ikut kemanisan yang anda suka
Air secukupnya 

* Note: Bila guna agar agar tali saya selalu guna petua mak, sukat air ikut saiz plastik agar2 dan lebihkan sedikit. Dalam kes terpencil ni saya guna 1 1/4 air yg disukat dari plastik agar2 tu.InsyaAllah...sedang2 je air tu..

Cara cara membuat :

1.Basuh agar2 tali, potong2 dan rebus hingga hancur. Tapis ,, masukkan balik dalam periuk, masak dan masukkan gula.masak hingga gula hancur

2.Blend buah peach, telur & susu cair

3.Masukkan dalam agar agar yg dah masak tu. cedok sikit sikit buih2 kat atas hingga xde buih.

4.Sentiasa kacau dan masak hingga mendidih

5.Letak la dalam acuan kecil2 or loyang kegemaran..biar sejuk..or bole terus masuk peti ais

6.Selepas 2-3 jam..letak dalam peti ais..bole la makan....

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan