Jangan menangis Amna....
Bersama teman delegasi Misi Perubatan AP ke Gaza yang lain, kami dibawa melawat sebuah keluarga misikin di Pekan Az Zaiton berdekatan Gaza City.
Situasi keperitan dapat kami insafi sebelum lagi kami memasuki rumah yang serba dhaif ini. Kami menziarahi seorang pemuda yang tercedera parah akibat terkena serpihan bom Israel di saat gencatan senjata telah pun diumumkan selepas serangan 8 hari Israel ke atas Gaza.
Mahmud al Burdi adalah seorang pemuda yang baik lagi mentaati ke dua orang tuanya. Beliau tidak dapat menyambung pelajarannya disebabkan ketiadaan sumber kewangan.
Ketika beliau berbual-bual santai bersama temannya di halaman rumahnya, tiba-tiba sebuah letopan berlaku di perkarangan rumatnya yang sempit. Beliau cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan perubatan.
Mahmud didapati mengalami patah tulang di 2 tulang utama kakinya dan tulang lututnya hancur dek serpihan bom tersebut. Walau pun dia telah pun menjalani 3 pembedahan orthopedik, permasalhannya masih belum selesai dan masih lagi memerlukan sekurang-kurangnya 2 pembedahan besar lagi.
Selepas memberikan sumbangan kewangan, kami pun keluar daripada rumahnya. Saya ternampak adiknya Amna yang berumur 8 tahun yang sedang memerhatikan kehadiran kami yang asing baginya.
Secara spontan saya terus mengeluarkan sekotak kecil hadiah yang dikirim oleh seorang ibu dari Malaysia (Mak Bonda) buat anak-anak miskin di Gaza. Hati saya sebak apabila melihat Amna menangis menerima hadiah yang sangat istimewa buatnya ini.
Apa tidaknya, beliau tidak sangka bahawa dia akan menerima kunjungan tetamu daripada luar negara ke rumahnya yang begitu dhaif sekali. Bahkan inilah kali pertama baginya menerima hadiah yang cukup besar maknanya buat Amna sebagaimana anak-anak Gaza lain yang turut merasai kepedihan sekatan israel ke atas Gaza.
Jangan menangis Amna, kelak di sana fajar akan menyinsing kembali buatmu. Bersabarlah kerana Allah akan bersama dengan hambaNya yang tabah dengan ujian kehidupan.
Misi Perubatan AP ke Gaza
27hb Mac 2012
Az Zaitun, Gaza

Tiada ulasan:
Catat Ulasan