Khamis, 21 Mac 2013

Fruit Tart

share dari link fb ~Buku Resepi

Fruit Tart
Oleh:NoraShikin Rahmat
Pastry

Bahan-Bahan
1 biji telur
100gm butter
75gm gula ising
200gm tepung gandum
• Satukan semua bahan, uli sampai jadi doh
• Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart
• Cucuk2 sikit dengan garfu
• Bakar 15 minit - 160c

Filing Kastard

Bahan-bahan ( 4 5 orang )
500ml susu segar
3 atau 4 sudu tepung kastard
gula dan garam secukup rasa.
buah2an hiasan seperti kiwi, grape, peach, stoberi dan lain2(make sure bukan buah jenis yg bila kita potong dia jadi lebam contoh cam epal tu)
Jika suka sedikit cooking chocolate dicairkan kaedah double boiler

CARA2 MEMBUAT FILING KASTARD
• Masukkan semua bahan2 kecuali buah2an hiasan kedalam periuk dan bila dah nampak nak likat cepat2 angkat. Jangan dimasak terlampau lama nanti jadi pudingle pulak..
• Bila dah tutup api tu masukkan kedalam kulit tart yg telah dimasak seperti resepi kat atas tu..(boleh juga sapu dengan coklat cair terlebih dahulu)
• Hiaslah dengan belahan buah2an hiasan.. dan masukkan kedalam peti ais utk mendapatkan rasa yg syedap.. ulala..
• SELAMAT MENCUBAA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan