Khamis, 21 Mac 2013

Khasiat Pisang


share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Khasiat Pisang 

A. Pisang kaya dengan potassium dan mengandungi bahan pelembap yang menakjubkan apabila digunakan untuk merawat rambut dan kulit. Amalkan petua ini.

1. Satu biji pisang masak
2. 1 sudu madu
3. 1/2 sudu minyak jojoba
4. 1 sudu yoghurt
5. Putih telur
6. 1 sudu tanah liat putih

Caranya:

a. Pukul putih telur, kemudian campur yogurt, minyak jojoba, madu dan tanah liat sehingga menjadi adunan berkrim dan lembut.

b. Dalam mangkuk berasingan, lecek pisang dan masukkan ke dalam campuran bahan pertama.

c. Sapu adunan tersebut di muka, leher dan bahu. Urut perlahan dan biarkan selama 25 minit sebelum dibersihkan. Petua ini boleh membantu melembut dan menganjalkan kulit.

B. Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:

1. Darah tinggi dan strok - Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Kolestrol - Pisang membantu merendah kolestrol.

3. Cirit-birit - Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

4. Anaemia - Anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. Kemurungan - Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu mereka menjadi tenang.

6. Pening-pening - Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. 

7. Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana, kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan