Jumaat, 29 Mac 2013

SIAKAP 3 RASA

share dari link fb ~Buku Resepi



SIAKAP 3 RASA 

Oleh:Nur Ain
Bahan-bahan
IKAN
1 ekor Ikan siakap
5 sb Tepung jagung
sedikit serbuk pasti sedap Knoor

KUAH
1@2 biji Bawang besar
1 biji Tomato
Carrot dan Timun Batang
* dipotong dadu

4 biji Bawang putih
8@10 biji Cili padi
1 inci Halia
1 btg Lada Merah
* dihiris halus

1/2 tin Kacang Peas
1/2 tin Nenas
2 btg Serai
Air suam
Sos Tomato
Sos Tiram
Sos Ikan
Sos Cili
Garam dan Gula
Ajinomoto
* Secukup rasa

Daun Salad dan Daun Sup (untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA

1) Bersihkan ikan dan toskan
2) Lumur ikan dengan serbuk pasti sedap knoor dan lumurkan pula dengan tepung jagung. (Lumur semua bahagian dengan rata )
3) Kemudian goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
4) Untuk kuah, panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili padi, halia dan serai (sehingga kekuningan)
5) Seterusnya, masukkan Sos Tomato, Sos Tiram, Sos Ikan dan Sos Cili dan kacau sehingga sebati
6) Masukkan kacang peas dan nenas (ambil juga sedikit air nenas dan air kcg peas)
Setelah kuah agak mereneh, masukkan sedikit air dan masukkan tomato, carrot, timun batang dan lada merah.
9) Tambahkan garam, gula dan ajinomoto (secukup rasa)
10) Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan kuah diatas ikan yang telah dilapik dengan daun salad dan tabur daun sup.

SELAMAT MENCUBA
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan