Selasa, 19 Mac 2013

Petua Menangani Masalah Tidur


share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Petua Menangani Masalah Tidur

1. Amalkan untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena pada waktu malam.

2. Elakkan daripada mendapat cahaya yang terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin.

3. Cubalah dapatkan suasana yang baik dan kondusif untuk tidur. Tak semestinya mewah, tetapi cukup andai ianya membuatkan anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur anda berada pada keadaan nyaman dan sejuk. Elakkan juga daripada dimasuki terlalu banyak cahaya.

4. Elakkan daripada berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca agak panas, jangan bersenam selepas pukul 6 petang kerana ini boleh menaikkan lagi suhu badan anda.

5. Cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur.

6. Kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh, elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan