Sabtu, 30 Mac 2013

Sentiasa ceria...


share dari link fb ~Dr Zainur Rashid Zainuddin


Sentiasa ceria...

Ketika berjalan kaki untuk meninjau kerosakan yang berlaku kepada bangunan Kementerian Dalam Negeri Palestin, saya didekati oleh seorang remaja.

Tanpa rasa malu dia terus memperkenalkan dirinya sebagai Malika Binti Abdullah (kanan) dan berumur 8 tahun. Dia bertanya samada saya ingin bergambar kenangan dengan adiknya yang berusia setahun muda daripadanya.

Mereka berdua kelihatan ceria ketika pulang dari sekolah ke rumahnya yang terletak di kem pelarian Palestin yang berdekatan. Malika berkata bahawa dia ingin menjadi seorang guru agar dapat mengajarkan ilmu kepada anak-anak Gaza bila beliau besar kelak.

Bila diajukan soalan kenapa dia sentiasa kelihatan ceria, dia menjawab bahawa tiada apa yang harus mereka rungsingkan sangat miski pun acap kali diuji dengan keperitan hidup. Yang penting ialah belajar untuk persiapan masa depan yang lebih baik untuknya, keluarganya dan orang-orang Palestin.

Misi Perubatan AP ke Gaza
Gaza City
30hb Mac 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan