Ahad, 17 Mac 2013

Sebuah kebimbangan: "Saya khuatir....


Sebuah kebimbangan:

"Saya khuatir....

Saya merasa agak khuatir dengan segelintir kecil di kalangan masyarakat kita yang mudah menuding seseorang yang lain dengan panggilan munafik, kafir, ahli neraka dan sebagainya di dalam perbincangan atau perkongsian di media sosial.

Harus diinsafi bersama bahawa kita bukan sahaja tidak mengetahui bagaikah penghujung kehidupan seseorang yang sukai dan dibenci, bahkan kita juga tidak tahu bagaimanakah penghujung kehidupan kita sendiri."

Ringkasnya : Hati-hati dalam berkata-kata.


[ via: Dr Zainur Rashid Zainuddin ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan